Kenapa tidak semua barangan kering boleh disimpan di dalam peti sejuk? Ini kerana proses penyerapan akan berlaku, ia akan merosakkan tekstur, kehilangan zat dan perubahan suhu pada makanan. Ini antara barangan kering yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk, termasuk minyak zaitun dan madu. Kenapa ya?
BAWANG
Bawang akan bertukar menjadi lembik dan berkulat. Elakkan juga simpan bawang bersama kentang, kedua-duanya akan cepat rosak. Seeloknya simpan bawang di tempat yang kering.
KOPI
Kopi akan menyerap zat makanan, dan kopi juga akan kehilangan rasa. Kopi perlu disimpan dalam kuantiti kecil, di tempat yang gelap.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun akan terpeluwap dan bertukar menjadi keras seperti mentega. Simpan minyak zaitun di tempat yang kering.
BASIL
Basil cepat layu dan akan menyerap bau makanan di sekelilingnya. Sebaiknya rendam Basil di bekas kecil seperti bunga.
MADU
Madu akan mengeras dan hilang zat. Untuk madu tahan lama, simpan pada suhu bilik dalam bekas yang bertutup.
BAWANG PUTIH
Bawang putih akan cepat bercambah, dan berkulat. Simpan sahaja di tempat kering.
ROTI
Roti akan kering dengan cepat dan bau makanan sekelilingnya akan menyerap pada roti.
AVOKADO
Avokado akan cepat masak dan lembik. Jika sudah terlalu masak, sudah berkurangan zat avokado.
KENTANG
Menyimpan kentang di dalam peti sejuk akan menjadikan ia manis dan bertunas, kerana persekitaran yang sejuk akan bertukar menjadi kanji dan gula akan terserap dengan lebih cepat dalam kentang. Sebaliknya, simpan kentang di dalam beg kertas di tempat yang kering.
TOMATO
Tomato akan kehilangan semua rasa, kerana udara sejuk akan memberhentikan proses tomato untuk masak. Penyejukan juga menyebabkan tekstur tomato berubah.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

