Jenama tudung popular, Loveta melancarkan koleksi tudung terbaharu, Assyfa Manes yang hanya memakan masa tujuh saat untuk digayakan untuk kaum Wanita.
Assyfa Manes ini turut tampil dengan lapan pilihan warna dengan pilihan kain jenis premium soft pleated chiffon yang menambahkan keselesaan kepada setiap wanita selain menjimatkan masa untuk dipakai.
Menurut pengasas loveta Siti Fatimah Suberi, Assyfa Manes adalah rekaan tudung terbaharu susulan kejayaan dan permintaan tinggi tudung Assyfa yang menjadi signator jenama ini.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya tujuh saat.
“Saya faham peranan dan tanggungjawab wanita dimasa sekarang tidak mudah, banyak kerja yang perlu dilakukan sekaligus memberikan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan rekaan yang mudah dipakai dan sesuai untuk semua generasi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Assyfa Manes di Rumah Anak Yatim Al Kausar, Bangi.

Siti Fatimah berkata dia menyasarkan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.
“Kami sangat komited dan percaya dengan kualiti produk kami. Alhamdulillah sepanjang tiga tahun beroperasi kami menerima permintaan tinggi daripada kaum wanita yang jatuh cinta dengan rekaan yang diperkenalkan.” katanya.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar, sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah Ketika hayatnya.
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat, sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata.” Katanya.
Tudung Assyfa Manes sudah mula dijual secara online di laman web www.lovetahq.com, media sosial Facebook, Instagram, Tiktok dan shopee (@lovetahq), stokis dan ejen sejak Selasa lalu susulan mendapat permintaan yang tinggi. Tudung Assyfa Manes dijual pada harga RM59.00.

