“Tolong reda Along nak menghafaz al Quran,” – Kejut guru 4 pagi untuk tasmik, bantu adik disleksia hafaz Quran. Ibu ini kongsi kisah anak hebat

Dari Penulis

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Berapa ramai yang sanggup berkorban tenaga dan masa tidur demi mengejar kejayaan hakiki di akhirat nanti?

Kegigihan anak muda ini menghafal al-Quran cukup mengagumkan. Walaupun merasakan dirinya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain, namun dia mampu menghafal sembilan baris ayat dalam masa 25 minit sewaktu sesi temuduga dijalankan.

Ulas Nur Haslaily menerusi perkongsian di laman sosial, sebelum anak memasuki sekolah tahfiz, ibu dan bapa perlu perbaiki dan sediakan diri terlebih dahulu. Bukan anak sahaja yang perlu kuat, namun ibu dan bapa juga perlu muhasabah dan bermujahadah.

Menurut si ibu, kata-kata yang dipetik menerusi buku Aku & Al-Quran ini cukup terkesan di jiwa bagi mereka yang lemah daya ingatan dan susah menghafaz.

“Mana mungkin saya merungut kesusahan saya menghafaz al Quran kerana inilah yang menjadi asbab saya sentiasa berdamping dengannya dan menjadi asbab masa saya banyak dihabiskan untuk al Quran. Tidakkah itu nikmat terbesar dalam hidup?”

“Ibu selalu rasa tak puas hati dengan Along.

Kadang ibu tanya ayahman. “Senang sangat ke nak mengafaz al Qur’an ni?”

Tak puas hati.

Bila pergi temuduga diberi masa 25 minit, 9 baris dia boleh hafal.

Pergi temuduga lain pula diberi masa 30 minit, 1 muka surat dia boleh hafal.

Masuk pula temuduga lain diberi masa 15 minit, 7 baris dia boleh hafal.

Ibu? Hatta diberi 30 hari ke, 25 hari ke, 15 hari ke untuk hafal satu ayat pun masih tak lepas-lepas.

Itu pun dia selalu kata dia lambat menghafaz dan cepat lupa berbanding kawan-kawan lain.

Tak puas hati.

Semalam pula, teman Angah Mus’ab menghafal Surah Luqman. Bolehlah sama-sama sampai ayat 6.

Dia siap boleh ulang baca masa imamkan solat Maghrib.

Pagi ni, masuk kereta. Angah baca sampai ayat 6, ibu terkial-kial nak ingat semula.

Allahu, malu rasa dengan anak disleksia.

Tak puas hati lagi.

Tapi, bila ulangkaji buku Ustazah Syaurah, “Aku dan Al Qur’an”.

Banyak membuka mata. Banyak Allah berikan jawapan.

Ustazah cerita, penghafaz al Quran ini dikategorikan kepada beberapa golongan:

1. Sangat mudah hafaz dan kuat ingatan.

2. Sukar menghafaz, namun kuat dalam ingatan.

3. Sangat mudah hafaz, tetapi lemah dalam ingatan.

4. Sukar menghafaz dan lemah dalam ingatan.

Ibu kategori yang mana satu?

Susah, bukan kerana dosa!

Ustazah kongsikan jawapan seorang rakan yang sangat susah menghafaz dan lemah daya ingatannya. Tepat kena sangat batang hidung ibu.

“Mana mungkin saya merungut kesusahan saya menghafaz al Quran kerana inilah yang menjadi asbab saya sentiasa berdamping dengannya dan menjadi asbab masa saya banyak dihabiskan untuk al Quran. Tidakkah itu nikmat terbesar dalam hidup?”

Masya Allah!

Yea, betullah tu.

Lagi banyak diulang, lagi banyak pahala dikumpul.

Buku ini ibu memang baca berulang-ulang kali.

Beli pun dua kali. Edisi pertama dan edisi kedua.

Motivasi untuk diri.

Sebelum anak masuk tahfiz, ibu dulu yang perlu sediakan diri, perbaiki diri.

Bukan anak saja yang perlu kuat. Ayah Ibu juga harus kuat, malah lebih lagi.

Bukan anak saja yang perlu mujahadah. Ayah Ibu pun perlu banyak muhasabah lagi.

(Mode kerinduan) T__T

Terbelek gambar dalam telefon. Ini fasa-fasa persediaan sebelum temuduga, menghafaz sambil mengasuh adik di subuh-subuh hari.

Bila teringat betapa Allah bulatkan nekad dia nak masuk tahfiz.

Sanggup dia kejutkan cikgu jam 4 pagi, ajak tasmik bacaan al Quran.

Sepanjang hayat ibu, usahkan pada umur dia, umur sekarang pun ibu tak buat.

Dan, paling sebak.

Tiap kali call ibu sekarang, ayat favourite baru dia, “Ibu tolong redha Along nak menghafaz al Quran ye.”

Rasa macam ditampar-tampar.

Ibu di usia mencecah 40 pun tak pernah minta macam tu kepada mama.

Tak tahu bila akan ada keberanian untuk sebut macam tu…..

Dia sedang berjuang dengan hafazan al Qurannya.

Ibu pun sedang berjuang bersahabat dengan  al Quran walaupun merangkak-rangkak.

Moga al Quran jadi penawar kerinduan ini.

Moga Allah bantu kita semua untuk istiqomah dengan al Quran.

Doakan kami….

#notacahayamalam

#notaibumms

#seronoknyaquran.”

Kredit : Nur Haslaily & Aku & Al Quran


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This