PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu, semalam.
Menerusi catatan dalam Facebooknya, Anwar berharap perayaan itu dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna kepada semua.
“Masyarakat Tamil meraikan perayaan Ponggal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.
Baca artikel berkaitan: Nasib golongan miskin tegar terus jadi keutamaan Kerajaan Perpaduan – PM
PM bincang naik taraf infrastruktur, fasiliti penjaja di Kuala Lumpur
“Selainnya, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu,” katanya menerusi perkongsian itu.
Masyarakat Tamil menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan sambutan itu ialah satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

