Guru besar hilang wang bantuan awal persekolahan RM109,000 selepas tingkap kereta dipecah

Dari Penulis

Seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, di Semenyih dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 12.17 tengah hari, daripada lelaki berusia 50 tahun itu.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah mengeluarkan wang berkenaan daripada sebuah bank di Kampung Baru Semenyih kira-kira 10 pagi dan memasukkannya di dalam sebuah beg. Mangsa kemudian meletakkan beg berkenaan di tempat duduk penumpang hadapan keretanya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Zaid berkata mangsa yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Semenyih, kemudian meninggalkan keretanya dan pergi ke kedai makan untuk membeli minuman.

Namun sekembalinya ke kereta, mangsa mendapati tingkap di bahagian kanan penumpang belakang telah dipecahkan dan beg yang berisi wang telah dicuri.

Mohd Zaid berkata usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.

— BERNAMA

Monday , 16 January 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This