KEDUDUKAN hutang negara dan pendedahan liabiliti kerajaan ketika ini sudah hampir mencecah RM1.2 trilion, maklum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, jumlah itu sekaligus mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ia turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.
“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, hari ini.
Menurut Anwar, ketika ekonomi negara sedang merudum, semua pihak tidak seharusnya merenung nasib dan berada dalam kelesuan, sebaliknya mencari jalan untuk mendepaninya.
Oleh itu, beliau memaklumkan, Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini dijangka memberi tumpuan kepada bidang baharu termasuk ekonomi hijau, digital serta perusahaan kecil sederhana (PKS) yang selama ini dipinggirkan.
Jelas Anwar, bidang seperti PKS sebelum ini kurang diberikan tumpuan sedangkan ia adalah tunjang kepada ekonomi negara.
“Jadi pada tahun ini dalam belanjawan, ini adalah antara anjakan yang akan kita lakukan.
“Penumpuan terhadap isu perkhidmatan terutamanya teknologi digital yang kita sedikit ketinggalan,” katanya.
Baca lagi: [VIDEO] Hutang negara : Tengku Zafrul jawab tuduhan Najib
Untuk rekod, hutang Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Jun 2022 adalah berjumlah RM1.045 yang bersamaan dengan 63.8 peratus daripada KDNK.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

