Lelaki cedera selepas motosikal terbabas ke dalam longkang

Dari Penulis

SEORANG lelaki cedera selepas motosikal yang ditunggang terjatuh ke dalam longkang di Sungai Songkok, Kampung Orang Asli Batang Kali, malam tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.48 malam.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Baca : Lelaki hilang tiga hari rupanya maut selepas terbabas di selekoh jalan

“Bomba tiba 22 minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 45 tahun yang menunggang motosikal Honda Dash telah terbabas sendiri sebelum jatuh ke dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah dibawa naik oleh pihak bomba Genting dan mengalami kecederaan ringan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This