Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Shafee berhubung hakim Mahkamah Rayuan dengar semakan sabitan kes SRC

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BANTAHAN Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung pelantikan hakim Mahkamah Rayuan untuk bersidang dalam panel lima hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan serta hukuman kes SRC International Sdn. Bhd., ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, mahkamah tidak diyakinkan dengan hujah Shafee bahawa hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu bakar Jais harus menarik diri.

“Undang-undang jelas bahawa ketua hakim negara boleh melantik hakim Mahkamah Rayuan untuk semakan mahkamah persekutuan.

“Atas alasan sama, kami menolak hujahan bahawa Abu Bakar tidak sepatutnya terbabit dalam pendengaran permohonan ini. Sehubungan itu, kami menolak bantahan awal pemohon,” katanya.

Beliau kemudian memerintahkan Muhammad Shafee untuk memulakan hujahan permohonan semakan.

Terdahulu pada awal prosiding, Shafee Abdullah bangun dan membantah senarai panel hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan berkenaan.

Muhammad Shafee membantah komposisi panel hakim yang turut menyenaraikan nama Abu Bakar.

Tiga lagi hakim yang mendengar prosiding itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

“Mengikut Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1974, komposisi hakim Mahkamah Persekutuan mesti terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan sahaja.

“Apakah kepentingan dari segi keadilan, meletakkan Abu Bakar dalam senarai panel itu di mana ketua hakim negara tidak menyatakan alasan berhubung penyenaraian berkenaan,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, berhujah bahawa peruntukan Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan digunakan dengan betul dalam menamakan Abu Bakar dalam komposisi panel berkenaan.

Sithambaram berkata, tiada sebarang unsur niat jahat dalam penyenaraian hakim itu untuk mendengar kes berkenaan, justeru beliau memohon mahkamah untuk menolak bantahan awal terbabit dan meneruskan dengan mendengar permohonan semakan pemohon.

Menurut Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan jika ketua hakim negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki sedemikian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This