Kadar OPR kekal 2.75 peratus

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BANK Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung hari ini.

Menurut BNM, keputusan itu membolehkan MPC untuk menilai kesan kumulatif pelarasan OPR lepas, memandangkan kesan ketinggalan dasar monetari terhadap ekonomi.

Jelas BNM, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Normalisasi lanjut kepada tahap penyesuaian dasar monetari akan dimaklumkan oleh keadaan yang berkembang dan implikasinya kepada inflasi dalam negeri dan prospek pertumbuhan.

“MPC akan terus menentukur tetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan yang mampan,” maklumnya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: OPR naik kali keempat, kini 2.75 peratus

Mengulas lanjut, BNM berkata, dengan prestasi kukuh pada 2022, pertumbuhan pada 2023 dijangka menjadi sederhana dalam keadaan ekonomi global yang lebih perlahan.

Jelas BNM, pertumbuhan akan kekal disokong oleh permintaan dalam negeri manakala perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh penambahbaikan yang berterusan dalam prospek pekerjaan dan pendapatan.

Selain itu, ujarnya, ketibaan pelancong yang terus meningkat ketika ini secara tidak langsung meningkatkan lagi sektor berkaitan pelancongan.

Tambah BNM, realisasi projek infrastruktur berbilang tahun akan menyokong aktiviti pelaburan.

Untuk rekod, kali terakhir OPR dinaikkan adalah pada November lalu apabila BNM memutuskan untuk menetapkannya pada 2.75 peratus.

Keputusan itu merupakan langkah keempat berturut-turut tahun 2022 bagi kenaikan OPR.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This