GARA-gara berang dihalau keluar, dua lelaki nekad menetak seorang pekerja restoran sehingga cedera di sebuah kedai makan Taman Segar Perdana, Cheras, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata, mangsa seorang lelaki Cina berusia 46 tahun mengalami kecederaan patah tulang jari telunjuk kiri dan luka di lutut kaki kanan.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 9.25 pagi.
“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana menegur membuat bising apabila minuman yang dipesan lewat dihantar.
“Suspek telah dihalau dari restoran, tetapi kembali semula bersenjatakan parang bersama seorang lagi rakan lalu menyerang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Lelaki ditahan selepas amuk guna pisau potong daging
Jelasnya, suspek masing-masing lelaki Cina berusia 44 dan 47 tahun ditahan di Taman Cheras Permata, Kajang pada pukul tiga pagi semalam.
“Turut dirampas dua bilah parang dan pakaian yang digunakan sewaktu kejadian.
“Hasil saringan ujian air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah,” ujarnya.
Zaid berkata, suspek kini direman selama lima hari sehingga Ahad dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Ali Hamzah di talian 019-8660324 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram