Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 3 hingga 5 Mac

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERHIMPUNAN Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2022 akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, tarikh berkenaan telah dipersetujui selaras dengan Fasal 12.2 Perlembagaan Bersatu melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan semalam.

Beliau turut memaklumkan tarikh-tarikh bagi Persidangan Cawangan, Bahagian dan PAT untuk tahun 2023 dengan Persidangan Cawangan akan diadakan pada 1 Julai hingga 31 Ogos depan.

Baca artikel berkaitan:

Selain itu, Persidangan Sayap-Sayap Bahagian pula akan diadakan pada 7 Oktober manakala Perhimpunan Agung Tahunan 2023 dilaksanakan pada 23 hingga 25 November 2023.

“Sehubungan itu, pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan, Bahagian dan ahli MPT bagi penggal baharu akan diadakan pada tarikh-tarikh yang dimaklumkan selaras dengan Perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Hamzah memaklumkan, mesyuarat MPT Bersatu semalam turut membincangkan laporan post mortem keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Pada masa sama, kata beliau, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwa Muhyiddin ‘pengasas’ PN tahyul, perlu dihapuskan – Wan Saiful

KENYATAAN dikeluarkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'pengasas' Perikatan Nasional (PN) merupakan...

More Articles Like This