Ismail Sabri pertahan kenyataan, cakap soal perundangan

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan menegaskan beliau hanya bercakap dari sudut perundangan dan perlembagaan UMNO.

Ia merujuk kepada kenyataan yang dibuat Naib Presiden UMNO itu berhubung usul dua jawatan tertinggi parti tersebut tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang yang boleh dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurut Ismail Sabri, terdapat dua pandangan mengenai keabsahan keputusan berkenaan iaitu sah dan sebaliknya.

“Saya bercakap soal perundangan. Ada dua pandangan mengenai keabsahan keputusan itu, ada yang menyatakan ia sah dan sebaliknya.

“Kedua-dua pandangan itu ada alasan yang kukuh, jadi jika timbul pertikaian, maka mana-mana ahli boleh merujuk kepada RoS.

“Seperti dinyatakan, setiap ahli berhak mengambil tindakan, termasuk merujuk kes itu kepada ROS,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan kenyataan Ismail Sabri mempertikai keputusan dilakukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini sebagai pelik.

Ini kerana, Nur Jazlan berkata, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut berdiri menyokong dua jawatan utama itu tidak dipertanding.

Baca artikel berkaitan: Pemilihan UMNO: Ismail Sabri buat lain cakap lain – Nur Jazlan

Katanya, walaupun majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada PAU 2022 sudah buat keputusan kedua-dua jawatan utama parti itu tidak dipertanding, masih ada suara sumbang yang masih tidak berpuas hati seperti rumah siap, pahat berbunyi.

Mengulas mengenai dakwaan Nur Jazlan yang beliau bangun menyokong usul tersebut, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu berdebat mengenai isu berdiri atau duduk itu.

“Ya, saya ada berdiri ketika laungan ‘Allahu Akbar’. Ada gambar yang menceritakan segala-galanya,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan bimbang dengan kelulusan usul tambahan itu yang dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap usaha untuk memulihkan keyakinan generasi muda serta orang Melayu terhadap parti.

Beliau juga berpandangan usul itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO, yang menetapkan semua jawatan dalam parti itu hendaklah dipilih setiap tiga tahun sekali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This