KPDN tubuh pasukan khas teliti aduan perkhidmatan TNG

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti aduan rakyat berhubung perkhidmatan Touch ‘n Go (TNG).

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pasukan yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat itu akan diketuai Ketua Setiausaha KPDN.

Katanya, pasukan itu perlu ditubuhkan memandangkan sejak kebelakangan ini, KPDN kerap menerima aduan daripada pengguna mengenai perkhidmatan TNG terutamanya sepanjang minggu sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Saya telah meminta pihak bertanggungjawab untuk membuat kajian dan meminta pihak pengurusan TNG menjawab beberapa aduan dan rungutan orang ramai sehinggakan ada aduan yang sampai kepada saya sendiri.

Baca artikel berkaitan: Semak status Touch ‘n Go sebelum pulang ke kampung

“Saya akan minta laporan diberikan kepada kementerian bagi setiap kes, sebagai contoh semalam, kita dapat secara terperinci tentang satu masalah dan syarikat memberikan jawapan dengan segera, sekali gus isu timbul dapat dipantau,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata tindakan bakal dikenakan terhadap syarikat pengendali jika tidak menunaikan tanggungjawab menyelesaikan isu berbangkit berhubung perkhidmatan berkenaan.

“Saya akan teliti dan pastikan mereka (syarikat pengendali) menunaikan tanggungjawab, (tetapi) sekiranya mereka tidak mengambil perhatian, maka saya akan membincangkan tindakan yang akan diambil,” katanya.

Salahuddin berkata antara aduan yang diterima berhubung perkhidmatan berkenaan termasuk isu berkaitan kad prabayar Visa TNG, kesukaran mendapat kad TNG, masalah Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selain talian hotline yang tidak dijawab.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This