KEHARMONIAN kaum dan semangat toleransi antara satu sama lain sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.
Perkara tersebut dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa perlu terus diperkasakan.
“Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai agama dan kaum memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa.
Baca artikel berkaitan: PM ucap Selamat Tahun Baharu Cina, papar kisah seekor arnab
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
“Saya mengucapkan kepada semua masyarakat Tionghua, Tahun Baharu Cina dan semoga sentiasa makmur dan sejahtera,” titah Sultan Johor.
Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon.
Pada pertemuan itu, Tian Soon turut mempersembahkan cenderahati kepada Sultan Johor sempena Tahun Baharu Cina.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

