PEMBERIAN wang tunai sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu adalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Sehubungan itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemberian wang tunai itu tidak menyalahi peraturan pilihan raya.
Menurut Abdul Hadi, pemberian itu melibatkan orang awam, bukannya calon atau wakil-wakil calon.
“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah maka terpulang kepada dia,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Sebelum ini, UMNO Terengganu memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi ketiga-tiga kerusi berkenaan ketika kempen PRU-15.
Baca artikel berkaitan: UMNO Terengganu fail petisyen batal keputusan PRU-15 tiga kerusi Parlimen
Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU-15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15, Ahmad yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta tiga calon lain yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman, tewas kepada calon PAS Che Alias Hamid yang menang majoriti 27,179 undi.
Bagi Parlimen Marang, Abdul Hadi terus mengekalkan kemenangannya dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru, manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang Datuk Amzad Hashim (PAS) yang memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram