POLIS berjaya menangkap 120 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian haram melibatkan rampasan berjumlah RM92,481 menerusi Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, penahanan itu melibatkan 115 lelaki dan lima wanita dalam 20 serbuan yang telah dilaksanakan.
Menurut beliau, serbuan berkenaan dilaksanakan dalam tempoh lima hari antara 15 hingga 19 Januari lalu.
Beliau berkata, polis menerusi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, kontinjen dan daerah menjalankan Op Limau selama 15 hari sempena Tahun Baharu Cina mulai 15 hingga 29 Januari ini.
“Fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka yang tertakluk dalam jadual pertama dan kedua di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Baca artikel berkaitan: Tiga lelaki ditahan di Perak terbabit judi bola sepak
“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Dalam Bangunan) dan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Luar Bangunan),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noorsiah menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada.
Katanya, tindakan tersebut dalam usaha menangani aktiviti perjudian.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui talian hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-577 3477,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

