Aaron-Wooi Yik muncul naib juara Terbuka India

Dari Penulis

PASANGAN beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul sebagai naib juara selepas tewas kepada pasangan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam final Terbuka India di New Delhi hari ini.

Pasangan negara yang layak ke final selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto semalam bermula garang pada set pertama selepas menewaskan lawan mereka 21-14 dalam pertandingan berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav.

Pasangan itu bagaimanapun gagal mengekalkan kecemerlangan dalam set pertama tersebut selepas tewas 19-21 pada set kedua dan seterusnya tewas 18-21 dalam set penentuan dalam keseluruhan permainan selama 63 minit.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu merupakan satu-satunya wakil negara yang berjaya memasuki final selepas semalam beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah tewas dalam aksi separuh akhir menentang pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Wooi Yik berkata beliau dan Aaron telah memberikan yang terbaik namun pemain China mempunyai kelebihan dari segi kepantasan.

Gandingan Malaysia itu berkata mereka tidak akan membiarkan kekalahan di India itu mengganggu fokus mereka pada acara seterusnya dan persediaan untuk kelayakan Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

“Penting untuk terus yakin pada diri kami sendiri,” kata Aaron.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This