RAKYAT Malaysia tetap berbangga dengan persembahan dan semangat juang yang ditonjolkan pemain skuad hoki kebangsaan walaupun tidak berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pemain Speedy Tigers yang telah melakukan sedaya upaya.
“Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian!,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Impian Speedy Tigers untuk mara ke suku akhir musnah selepas dikecewakan Sepanyol 3-4 menerusi penentuan penalti shootout sudden death dalam saingan Crossover pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India.
Baca artikel berkaitan: Hoki: Speedy Tigers mahu kutip tiga mata jumpa Chile
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga akhir perlawanan dengan Malaysia menjaringkan dua gol padang menerusi Faizal Saari (minit ke-34) and Shello Silverius (minit ke-48) sementara Sepanyol memperoleh gol sulung mereka menerusi penalti strok Marc Miralles pada minit ke-40 dan gol padang Xavier Gispert yang menyusul seminit kemudian.
Keputusan seri itu menyaksikan penentuan penalti shootout yang berakhir dengan kesudahan seri 3-3 dengan penjaga gol simpanan Sepanyol Mario Garin yang menggantikan penjaga gol utama Adrian Rafi muncul wira selepas menafikan pukulan dua pemain Malaysia, kapten Muhammad Marhan Mohd Jalil dan penyerang, Shello – sementara Firhan Ashari, Faizal dan Shahmie Irfan Suhaimi memastikan bola pukulan mereka menerjah gawang.
Keputusan seri itu memaksa penentuan menerusi penalti shootout sudden death dilaksanakan dan kesudahan yang menyebelahi Sepanyol selepas Marc berjaya menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman sementara Firhan Ashaari gagal menyempurnakan pukulannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

