Gambar hiasan

POLIS mengesahkan seorang warga asing yang ditemui maut di Hostel Lebuh Pendamar Indah 1, kelmarin disebabkan penyakit tuberkulosis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang pengurus kedai makanan memaklumkan pekerjanya tidak sedarkan diri pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mengenal pasti punca kematian.

“Mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan di Klinik Utara Kota Pendamar dan disahkan positif penyakit tuberkulosis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lelaki ditahan miliki ganja meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas

Jelasnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram