Lapan PPS di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat dibuka secara berperingkat mulai 11 pagi tadi. GAMBAR BERNAMA

JOHOR mula dilanda banjir dengan seramai 422 mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat 2 petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan Lapan PPS di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat itu, dibuka secara berperingkat mulai 11 pagi tadi susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

“Sebanyak 105 keluarga ditempatkan di lima PPS di Segamat, sembilan keluarga di dua PPS di Kluang dan enam keluarga di sebuah PPS di Kota Tinggi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan sangat lebat pada tahap bahaya dijangka berterusan membabitkan daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.

Baca artikel lain: Umat Islam Malaysia diajak boikot Sweden – MSM

Menurut MetMalaysia hujan lebat berterusan pada tahap buruk pula dijangka melibatkan daerah Pontian, Segamat dan Batu Pahat, manakala Tangkak dan Muar pula pada tahap waspada.

Selain itu, empat sungai di Johor melepasi paras berbahaya iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.03 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.18m, Sungai Segamat (Sungai Segamat Kecil) di paras 38.11m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14m.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram