Tangkap layar rakaman memaparkan suspek mengugut ejen hartanah menggunakan sebji batu bata di persimpangan lampu isyarat, Jalan Metro Prima 1, Kepong.

SEORANG warga emas ditahan polis petang tadi selepas bertindak mengugut ejen hartanah menggunakan sebji batu bata di persimpangan lampu isyarat, Jalan Metro Prima 1, Kepong pada 28 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, pengadu seorang lelaki berusia 25 tahun telah tampil membuat laporan pada pukul 2.20 petang tadi.

Video tidak kabur di sini

Beliau berkata, pengadu membuat laporan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan warga emas tersebut yang bertindak mengetuk cermin dan membaling sebiji bata ke arah kereta miliknya.

Jelasnya, kejadian pukul 11 pagi itu berlaku semasa pengadu memandu kereta jenis Perodua Bezza dan terdapat sebuah lori menghalang laluan.

“Sebuah kereta di belakang pengadu telah membunyikan hon dan memaksa pengadu meneruskan pemanduan.

“Bagaimanapun, suspek berusia 63 tahun itu bertindak memaki hamun pengadu dengan menggunakan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu mengangkat tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis siasat video Nurul Ilham dakwa jadi mangsa buli jalan raya

Tambahnya, pengadu beredar dari tempat tersebut dan apabila sampai di lokasi kejadian, suspek bertindak datang semula ke arah kereta pengadu sambil membawa sebiji bata.

“Suspek telah mengetuk cermin hadapan dan tepi kanan kereta pengadu serta membaling bata tersebut ke arah bumbung kereta,” ujarnya.

Heisham berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu van itu ditahan sewaktu hadir ke Balai Polis Sentul bagi membuat laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 3 petang tadi.

Jelasnya, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan direman esok hari bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 506, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram