SEORANG murid tingkatan dua dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama Sekolah Menengah Agama, Subang Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa pada pukul 10.06 pagi.

Beliau berkata, pada pukul 8.30 pagi, bapa telah dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa anak perempuannya bernama Athirah Najwa Gazari, 14, melarikan diri dari asrama.

“Kali terakhir bapa melihat anaknya pada pukul 6 petang semalam semasa menghantar Athirah Najwa ke asrama tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pelajar UPM hilang ditemui selamat di Terminal Bas Larkin Sentral

Jelas Wan Azlan, gambar Athira Najwa telah diedarkan di semua balai polis bagi membantu mengesannya.

Sementara itu, menerusi poster orang hilang yang tular di media sosial, Athirah Najwa kali terakhir dilihat sekitar USJ 5 pada tengah malam semalam hingga awal pagi tadi.

Athira Najwa berbaju hud dan seluar hitam serta kasut Converse hitam.

Sebarang maklumat diminta menghubungi talian 017-6919854 (ibu) atau 017-3795764 (bapa).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram