Pemandu cedera selepas dua treler bawa muatan Perodua kemalangan

Dari Penulis

DUA pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah treler membawa muatan pelbagai model kenderaan Perodua di Kilometer 21.3, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), petang tadi.

Melalui video yang tular hari ini, antara muatan yang dibawa kedua-dua treler tersebut termasuk Ativa, Myvi, Aruz, Alza dan Bezza.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pukul 1.52 petang itu, kedua-dua lori treler memandu secara perlahan di lorong kiri dari Rawang menuju ke Klang.

“Sampai di lokasi kejadian, treler di belakang telah melanggar treler di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, muatan yang dibawa oleh kedua-dua treler mengalami kerosakan dan sebuah Myvi telah terjatuh di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah Perodua Myvi terjatuh dari lori treler dalam kejadian kemalangan tersebut.

Baca artikel : Treler bawa lebih 500 tong gas terbalik

Jelasnya, kedua-dua pemandu lori treler yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta tampil menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang di talian 013-9003499 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This