Polis buru suspek utama kes bakar gudang pakaian

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang suspek utama kes khianat dengan api sehingga menyebabkan kebakaran di sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, Kuala Lumpur pada 6 dan 11 Januari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek utama dikenali sebagai G. Logeswaran, 41, yang beralamat M2-3-14 Jalan Pandan Indah 6/1, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pada 6 Januari pukul 4.08 pagi, polis menerima laporan mengenai kejadian kebakaran gudang pakaian daripada pengurus kedai berusia 31 tahun.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati kebakaran bermula pada pukul 3.06 pagi dimana terdapat satu kelibat suspek memanjat tembok dan membaling sesuatu ke arah gudang sebelum nyalaan api dapat dilihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Kebakaran Wisma Jakel : Polis ambil alih kes jika ada unsur khianat

Jelasnya, kerugian dianggarkan bernilai RM 4,000 yang melibatkan kerosakan peti ais, sofa serta peti suis elektrik di luar gudang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Eng Lai berkata, pada 11 Januari kira-kira pukul 4.30 pagi, polis sekali lagi menerima laporan mengenai kejadian kebakaran melibatkan belakang gudang terbabit.

“Selepas kebakaran berjaya dipadam oleh bomba, pengurus mendapati stok baju Melayu dan lain-lain barang tidak pasti sudah terbakar.

“Anggaran jumlah stok baju Melayu yang terbakar adalah sebanyak 14,400 helai. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berdasarkan hasil risikan yang dijalankan pada 15 Januari hingga 18 Januari, enam serbuan telah dilakukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah di beberapa lokasi sekitar Selangor.

Eng Lai berkata, seramai sembilan suspek warga tempatan berusia 24 hingga 34 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Turut dirampas sebuah motosikal dan pakaian yang digunakan oleh suspek serta sebuah tong minyak berisi petrol yang digunakan untuk membakar gudang tersebut.

“Kesemua suspek direman sehingga semalam bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah melibatkan dadah.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati lima suspek positif dadah dan empat suspek lagi negatif

Beliau berkata, atas arahan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur, semalam, dua suspek dituduh bagi kejadian pertama manakala tiga suspek lagi dituduh bagi kejadian kedua mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara suspek yang lain dijadikan saksi pendakwaan.

“Kesemua suspek yang dituduh tidak mengaku salah dan ditawarkan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Mac.

“Motif kejadian setakat ini mendapati kesemua suspek yang dituduh dipercayai adalah orang upadah untuk membakar gudang pakaian terbabit,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Jamaluddin di talian 017-7331772 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This