Krisis UMNO tidak jejas sokongan PH, parti itu diyakini mampu kawal rasa tidak puas hati ahli-ahlinya – Aminuddin

Dari Penulis

KETIKA DAP melahirkan kebimbangan mereka mengenai masalah dalam UMNO yang boleh menjejaskan rakan sekutu parti mereka dalam Kerajaan Perpaduan menjelang pilihan raya negeri (PRN), Pakatan Harapan (PH) pula menyatakan sebaliknya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau yakin persiapan gabungan itu berdepan dengan PRN tidak lama lagi tidak akan terjejas dengan masalah dalaman yang dihadapi UMNO ketika ini.

Beliau percaya pemimpin UMNO mempunyai pendekatan sendiri dan mampu mengawal rasa tidak puas hati sebilangan ahlinya susulan keputusan memecat serta menggantung keahlian beberapa pemimpin parti itu, yang merupakan antara bekas menteri.

“Dalam mana-mana parti politik akan ada menghadapi masalah tidak puas hati tetapi bagaimana kita dapat mengatasinya.

“Jika pemimpin mampu menerangkan sebab musabab seseorang itu ditolak atau dilucutkan, saya rasa ia tidak menjadi masalah (dalam menghadapi PRN),” kata Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

BERITA BERKAITAN DAP bimbang UMNO pecat pemimpin sekarang, jejas sokongan rakyat dalam PRN

Memetik laporan BH, beliau berkata, PKR sendiri pernah berdepan dengan situasi serupa ketika pemilihan parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu tetapi dapat ditangani dengan menyampaikan maklumat kepada ahli dan penyokong.

“Dalam hal ini, UMNO (pemimpin) sendiri kena sampaikan, terpulang cara mana, untuk memastikan ahli UMNO dapat memahami, kenapa tindakan (pemecatan dan penggantungan) diambil,” katanya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat membuat ketetapan memecat Bekas Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan bekas ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU-15.

Selain dua tokoh besar itu, UMNO turut memecat lima orang ahli Bahagian Pasir Gudang; sembilan ahli Bahagian Putrajaya; dua ahli Bahagian Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO dari negeri Pahang.

Pada masa sama, Shahril bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Seri Mohd Salim Sharif digantung keahlian selama enam tahun.

Negeri Sembilan antara enam negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang bakal mengadakan PRN dan perlu diadakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This