POLIS telah melakukan rondaan berkala susulan penularan klip video memaparkan sekumpulan warga asing menganggu ketenteraman awam di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihanya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok ‘norfapxr3o1’ pada pukul 12.45 tengah hari semalam.
“Kejadian dipercayai berlaku di Taman Nagasari Perai di mana tarikh dan masa kejadian tidak dapat dipastikan kerana tiada laporan atau maklumat berkaitan disalurkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pihaknya mengambil tindakan awal dengan melakukan rondaan berkala kereta peronda polis di kawasan tersebut.
Baca artikel : Rohingya di Melaka: Bukan ‘anak emas’, sentiasa dalam pemantauan polis
“Pihak polis sedang merancang dan akan mengambil tindakan lanjut bagi menangani masalah warga asing,” ujarnya.
Cheng San berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi talian 04-5382222 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

