Wanita cedera selepas jatuh gaung sedalam 30 meter

Dari Penulis

SEORANG wanita dilaporkan cedera di kaki selepas terjatuh dari puncak bukit ke dalam gaung sedalam 30 meter di Bukit Tabur, Taman Melawati, kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa difahamkan telah sesat pada pukul 11 pagi kelmarin dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.44 pagi semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian dimulakan pada pukul 8 pagi dengan membahagikan dua trek laluan pendakian.

“Trek A diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba, Razi Abdu Mutalib bersama 13 anggota.

“Sementara trek B diketuai oleh Penguasa Bomba Muhd Sabri Jamaluddin bersama 55 pegawai terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Perhutanan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pelajar UiTM sempat lompat keluar sebelum kereta terjun gaung

Jelasnya, pencarian juga dibantu oleh dua ekor anjing pengesan daripada unit K9.

Norazam berkata, mangsa S. Sangeta, 26, ditemui pada pukul 11.08 pagi dalam keadaan sedar dan sedang dibawa naik ke tempat yang lebih selamat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This