Cara Buat Kulit Pastri Yang Sangat Senang

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Cara untuk membuat kulit pastri ataupun ‘pastry crust’ sebenarnya tidak terlalu susah. Jika sukatan mentega, tepung dan gula disukat dengan tepat, kulit pastri tidak akan mudah pecah. Boleh sahaja menghasilkan kulit pastri mengikut kreativiti, dengan menambahkan kekacang ataupun kulit limau untuk citarasa yang berlainan. Ini resipinya, mudah dan pasti menjadi.

PASTRY CRUST
BAHAN

2 ½ cawan tepung gandum serbaguna
3 sudu besar gula halus
210 gm mentega – dadu kecil
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit ketulan ais

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan tepung, gula dan mentega, di dalam mangkuk pengadun.
  2. Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan telur, esen vanila yang dicampurkan dengan ketulan ais sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
  4. Bentukkan doh bulat dan bungkus dalam plastik. Simpan di dalam peti sejuk supaya pastri dapat direhatkan.
  5. Canai doh dan sediakan acuan pastri, leperkan di dalam acuan.
  6. Jangan terlalu tebal, sederhana nipis sahaja. Ini kerana pastri akan mengembang apabila dibakar.
  7. Cucuk pastri dengan garpu.
  8. Susun di dalam dulang pembakar. Bakar pastri pada suhu 170C selama 20 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This