SEORANG kanak-kanak lelaki dan perempuan melecur selepas terkena asid serbuk soda saluran paip sinki jiran atas yang tiba-tiba meletup.
Kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada pukul 9.30 malam.
Beliau berkata, ibu mangsa telah terdengar bunyi letupan dan jeritan lalu mendapati dua orang anaknya telah terkena asid serbuk soda yang berpunca daripada saluran paip singki di tingkat atas.
“Pemilik rumah di tingkat atas dipercayai telah menggunakan serbuk soda ke dalam saluran paip sinki bagi membersihkan saluran yang tersumbat.
“Pemilik rumah tersebut telah membeli serbuk soda dari dalam talian dengan harga RM50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Nenek, cucu melecur selepas rumah terbakar
Jelasnya, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.
“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di wad kebakaran Hospital Kuala Lumpur.
“Sementara kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun melecur di paha kanan dan telah dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

