Penganggur cabul kakak ipar ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG penggangur ditahan selepas bertindak mencabul kakak ipar di Kampung Tasik Permai, Ampang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi, telah berlaku pertengkaran di antara suami mangsa dengan suspek.

Beliau berkata, suspek kemudian datang ke arah mangsa lalu meraba buah dada serta membuka seluar dan mengarahkan mangsa menghisap kemaluannya.

“Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya berdiam diri sebelum suspek bertindak memukul di bahagian kepala.

“Suspek berusia 32 tahun dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak mengugut suami mangsa dengan meletakkan serpihan kaca di leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek telah ditahan pada pukul 12.50 pagi dan permohonan reman tidak dapat dilakukan susulan suspek mengalami kecederaan semasa diserahkan orang awam dan kini menerima rawatan di hospital.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506, Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua maut nahas tiga kenderaan dekat Pekan

DUA lelaki maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran...

More Articles Like This