Kerajaan tidak campur tangan kes pembekuan akaun Bersatu – Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan campur tangan berhubung kes pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penegasan itu dilakukan Anwar selepas ada beberapa individu mendakwa pembekuan akaun tersebut bermotifkan politik semata-mata.

Menurut Anwar, badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak berada di bawah pengaruh mana-mana pihak.

“Perkara yang berlaku ialah, pertama, ada laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) berkaitan penggunaan wang oleh parti Bersatu.

“Kedua, saya jalankan kerja saya di Kementerian Kewangan (MOF) dan lihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu.

“Ia bukan kita menghukum sesiapa. Projek Jana Wibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tebatan banjir, kita dapati kos terlalu tinggi. Maka saya dedahkan maklumat dari MOF.

“Apa yang dilakukan SPRM itu bukan tertakluk kepada saya tetapi tertakluk kepada siasatan yang mendapati dalam akaun parti ada lebih RM300 juta. Itu memang harus dijelaskan,” katanya.

Baca lagi: Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 – Anwar

Mengulas lanjut, Anwar turut terbuka sekiranya SPRM melakukan pemeriksaan akaun parti lain selain Bersatu.

Tambah Presiden PKR itu, parti lain melakukan audit kewangan parti dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) setiap tahun.

Begitupun, katanya, bukan Bersatu yang mendedahkan akaun parti mereka sebaliknya ia didedahkan penyiasat.

“Sekiranya mereka parti bersih seperti mana diceritakan, mereka kena jelaskan kenapa dalam masa singkat boleh kumpul wang banyak.

“Dari sumber mana dan kepada siapa? Itu tugas SPRM (untuk siasat) dan baru dibawa ke Jabatan Peguam Negara, mengikut prosesnya. Lebih dari itu, saya tidak tahu.

“Yang kami nak tegaskan, arahan siasatan, semua tidak terkecuali untuk parti kerajaan atau pembangkang. Kita tegaskan begini supaya elak sebarang spekulasi,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This