Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman

Dari Penulis

Polis membuka kertas siasatan berhubung pengguna TikTok yang menggunakan nama ‘fatinamyralee’ yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semalam, polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.  

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini percakapan saksi telah dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Baca artikel : Terima perbezaan kaum, agama sebagai kekuatan – Anwar

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

— BERNAMA

Thursday , 02 February 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This