Penunggang maut kemalangan dekat Lebuhraya Persekutuan

Dari Penulis

SEORANG penunggang maut dalam kemalangan dua buah kenderaan di Kilometer 29.1, Lebuhraya Persekutuan, 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang dan pemandu menghala ke Klang.

Beliau berkata, secara tiba-tiba penunggang motosikal dari arah belakang melanggar kereta.

“Penunggang seorang lelaki berusia 48 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inpektor R. Navalan di talian 014-2536821 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This