SEORANG pegawai polis berpangkat inspektor maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di Kilometer 5, Jalan Palekbang-Tumpat, 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Inspektor Chong Yeong Ren, 29, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa memandu kenderaan jenis Proton Saga dari Wakaf Bharu dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Terbak.
“Sampai di lokasi, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas beberapa meter sebelum merempuh dua tiang lampu di kiri jalan sehingga kereta yang dipandu terbalik.
“Mangsa telah tersepit di tempat duduk pemandu dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelasnya, mendiang telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia tiga bulan.
Muhamad Zaki berkata, Polis Diraja Malaysia Kelantan akan mengiringi jenazah mendiang dan dihantar ke rumah keluarganya di Klang, Selangor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

