Tak puas hati kena saman, penarik baja rekod video berunsur fitnah ditahan polis

Dari Penulis

TIDAK puas hati dikenakan saman, seorang penarik baja ditahan selepas memuat naik sebuah hantaran video berunsur fitnah ke atas anggota polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek menggunakan nama @manbajanaw9438 di laman TikTok telah memuat naik video memaparkan wajah tiga anggota polis trafik sedang melakukan pemeriksaan ke atas lorinya di Jalan Kangar- Alor Setar.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun itu dipercayai memuat naik video berunsur provokasi selepas tidak puas hati terhadap empat saman yang dikeluarkan oleh anggota polis.

“Ketika kejadian, suspek dikenakan saman atas kesalahan tiada lesen memandu, tampal sesuatu pada cermin, ubah suai ekzos dan guna lampu hadapan yang silau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, video tersebut telah mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan menjatuhkan imej polis kerana terdapat beberapa komen negatif telah dilemparkan.

Baca artikel : Vellfire disaman kerana parkir terkeluar dari petak – polis

Menurutnya, suspek telah ditahan di kediamannya dekat Jitra dan direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” ujarnya.

Yusharifuddin berkata, masyarakat dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menghakis keharmonian antara masyarakat dan pihak berkuasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This