Keputusan Kedah haramkan judi bukan perkauman

Dari Penulis

KEPUTUSAN kerajaan negeri mengharamkan judi di Kedah bukanlah dibuat bersandarkan kepada sifat perkauman atau cubaan untuk meminggirkan mana-mana kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, tohmahan sebegitu tidak sepatutnya timbul ketika kegiatan perjudian tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana kaum di negara ini.

Malah katanya, sejak judi diharamkan di Kedah awal tahun ini, banyak pihak termasuk bukan Melayu yang menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana berani mengambil langkah tersebut.

“Kita tak haramkan judi atas nama perkauman malah saya fikir, tidak sepatutnya mana-mana pihak mengaitkan kaum Cina dengan perjudian.

“Bukan semua orang Cina berjudi malah ramai yang tidak suka apatah lagi apabila ada anak mahu pun suami yang kuat berjudi, balik rumah kemudian pukul isteri.

“Apabila kita haramkan judi, ramai yang cakap bagus dan ucap terima kasih. Ada isteri yang maklumkan suami mereka tak lagi berjudi sampai habis duit puluh-puluh ribu sedangkan kalau buat rumah pun, dah boleh siap,” katanya.

Baca artikel berkaitan: 6,831 laman sesawang judi dalam talian disekat – MCMC

Beliau berkata demikian dalam sembang santai secara langsung bersama beberapa individu di laman media sosial Tik Tok, malam tadi.

Mengulas lanjut katanya, tindakan itu sebaliknya sengaja dipolitikkan pihak tertentu demi kepentingan masing-masing.

“‘Hangpa’ cuba tengok berapa pulangan sektor perjudian di negara ini berbanding bala bencana dihasilkan akibat judi. Berapa nilainya nak merawat orang sakit mental, masalah keruntuhan keluarga, pengabaian pendidikan anak-anak dan macam-macam penyakit lain berpunca dari judi?

“Kalau nak kaji, kaji betul-betul dari segala sudut. Saya kaji dari aspek sosial, ekonomi dan agama, semuanya tak sokong sektor perjudian ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, keputusan kerajaan negeri untuk mengharamkan premis judi di negeri ini turut dihormati oleh kerajaan Persekutuan yang kemudiannya mengharamkan lesen perjudian di Kedah.

“Kerajaan negeri hanya ada kuasa berkaitan lesen premis saja melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi saya gunalah kuasa itu.

“Atas permintaan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan turut tamatkan lesen perjudian di Kedah. Jadi jangan kata di Kedah ini hanya lesen premis perjudian saja kita tak beri sebaliknya lesen perjudian dikeluarkan kerajaan Persekutuan juga ditamatkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This