Pihak luar tiada hak campuri kedaulatan undang-undang negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“MANA-MANA pihak luar tiada hak mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara ini.”

Itu tegas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care bahawa penempatan warga asing di Nilai Spring yang diserbu Jabatan Imigresen pada 1 Februari lalu bukan penempatan haram.

Menurut Khairul Dzaimee, pengeluaran visa dan pas kepada warganegara asing untuk tinggal serta bekerja di Malaysia dikeluarkan Jabatan Imigresen sebagai pihak berkuasa.

Beliau malah menegaskan, kedutaan asing tidak mempunyai kuasa mengeluarkan apa juga bentuk pas bagi membenarkan rakyat mereka menetap di Malaysia walaupun untuk tempoh sementara.

“Fakta yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak ialah mereka yang ditahan dalam operasi bersepadu ini adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Tiada mana-mana pihak yang mempersoalkan kewajaran Jabatan Imigresen melaksanakan operasi membanteras PATI kerana ini adalah tugas hakiki jabatan ini,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Warga asing ditahan di Nilai Spring mahu terus tinggal tanpa dokumen sah

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee menasihatkan semua pihak supaya menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara.

“Rakyat Malaysia juga dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar apabila mereka melanggar undang-undang imigresen negara berkenaan,” jelas beliau.

Semalam, Khairul Dzaimee dalam kenyatan memaklumkan warga asing yang ditahan di Nilai Spring pada 1 Februari lalu dipercayai tidak berniat pulang ke negara asal.

Sebaliknya, kata beliau, warga asing itu mahu terus tinggal di Malaysia walaupun tanpa dokumen sah.

Beliau berkata, ia berdasarkan pemeriksaan jabatan itu terhadap penempatan haram iaitu merupakan sebuah perkampungan yang telah lama wujud di hutan dan berada di kawasan tidak rata serta berpaya.

Khairul Dzaimee berkata demikian bagi mengulas laporan media bertajuk ‘Suruhanjaya Indonesia (Komisi Nasional Hak Asasi Manusia/Komnas HAM) kecam serbuan pekerja asing di Nilai Spring’.

Seramai 68 warga Indonesia diperiksa dengan 67 daripadanya berusia lingkungan dua bulan hingga 72 tahun ditahan berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This