MALAYSIA akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Turkiye dan Syria yang berdepan dengan malapetaka gempa bumi sehingga mengorbankan ribuan nyawa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersimpati dan akan menyalurkan bantuan sebanyak AS$1 juta (RM4.3 juta) dan AS$1 juta (RM4.3 juta) lagi sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menyediakan AS$1 juta dan ini akan bersama dengan sumbangan tuanku Sultan Johor yang bersetuju salurkan AS$1 juta.
“Saya difahamkan majlis-majlis agama wilayah juga akan menambah, jadi sekurang-kurangnya untuk permulaan RM10 juta dan kita harap bantuan mana-mana rakan-rakan dan rakyat yang bersimpati akan kita salurkan.
“Ke Syria oleh kerana masalah sekatan dan masalah lain kita akan salur melalui Palang Merah Antarabangsa yang bertugas di sana dan konsul kita di Syria telah menghubungi dan memastikan penyaluran dana,” katanya.
Baca artikel lain: Kumpulan ke-2 SMART dihantar ke Turkiye malam ini
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Türkiye pada Isnin meningkat kepada 5,894, menurut Naib Presiden Fuat Oktay pada Rabu.
Bercakap pada sidang akhbar, Oktay berkata jumlah yang cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu seramai 34,810.
Gempa bumi turut memusnahkan negara jiran Syria.
Menurut dpa, 2,270 orang terbunuh berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan dan organisasi penyelamat White Helmets.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram