Promosi khidmat seks guna WhatsApp dan Telegram, 29 warga asing ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket mempromosikan perkhidmatan seks menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram, Rabu lalu.

Ops Gegar yang dilaksanakan di tiga lokasi sekitar Klang dan Puchong itu menyaksikan seramai 29 warga asing dan empat warga tempatan ditahan.

Jabatan Imigresen dalam kenyataan memaklumkan, sebuah premis hotel di Klang telah diserbu pada pukul 3.20 petang kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran wanita warga asing.

Menurut Jabatan Imigresen, seramai 13 wanita warga asing telah ditahan dalam serbuan tersebut melibatkan lima wanita Thailand, enam dari Indonesia dan dua Vietnam kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks.

Selain itu, katanya, dua wanita Indonesia pula ditahan kerana bekerja sebagai pekerja pembersihan hotel tersebut tanpa pas yang sah.

Jabatan itu memberitahu, kesemua yang ditahan berumur di antara 19 hingga 53 tahun.

“Modus operandi sindiket ini adalah mempromosikan perkhidmatan di laman sesawang dan pelanggan akan melanggan menggunakan aplikasi WhatsApp serta Telegram sebelum diarahkan ke tingkat 1 hotel tersebut.

“Bayaran bagi perkhidmatan seks adalah sekitar RM190 hingga RM960 dan bergantung kepada warganegara wanita yang dilanggan.

“Dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai penjaga kepada wanita warga asing tersebut turut ditahan,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Peserta GSF ditahan rejim Israel berada di pelabuhan Ashdod

Sementara itu, Jabatan Imigresen memberitahu, pasukan operasi dari Bahagian Penguatkuasaan Putrajaya turut membuat serbuan serentak pada pukul 5.30 petang di dua premis refleksologi di Puchong.

Jelasnya, seramai 25 individu diperiksa dalam serbuan itu dengan 16 wanita warga asing telah ditahan.

“16 wanita itu terdiri daripada sembilan wanita warga Thailand, empat wanita warga Myanmar; dua warga Laos dan seorang warganegara China.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 37 tahun. Dua warga tempatan turut ditahan kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah,” katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This