TAN Sri Shahrizat Abdul Jalil yang dikatakan bakal membuat kemunculan semula untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dicadangkan supaya hanya menjadi penasihat atau mentor kepada sayap parti itu.
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, era Shahrizat dalam arena politik mungkin sudah berlalu.
Kata beliau, Wanita UMNO memerlukan anjakan paradigma dan bergerak ke hadapan.
Pada masa sama, Mazlan melihat sama ada sekiranya benar Shahrizat mahu membuat kemunculan semula, adakah mendapat restu daripada pimpinan tertinggi UMNO.
Bagaimanapun, beliau berkata, persaingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO itu akan menjadi semakin menarik jika Shahrizat membuat keputusan untuk menentang Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
“Pada saya, masa Shahrizat sebenarnya sudah berlalu. Beliau mewakili zaman lain. UMNO sepatutnya kena bergerak ke hadapan.
“Dengan pengalaman yang ada, Shahrizat mungkin boleh dilantik menjadi penasihat atau mentor Wanita UMNO.
“Namun, kita tak nampak tokoh lain dalam Wanita UMNO ini selain Noraini mahu pun Shahrizat,” katanya kepada UtusanTV.
Mengulas lanjut, Mazlan turut melihat Noraini sebagai pemimpin yang mewakili Wanita era masa kini.
Baca artikel berkaitan: Dakwaan Ketua Wanita UMNO Negeri dipaksa sokong Noraini tidak benar
Malah, beliau berkata, Ahli Parlimen Parit Sulong itu juga dilihat sebagai seorang yang setia dengan pucuk pimpinan.
Ketika ditanya tentang dakwaan majoriti Ketua Wanita UMNO Bahagian yang mahukan Shahrizat kembali, Mazlan berkata, tiada isyarat jelas tentang perkara tersebut.
“Apa yang ada sekarang hanya seorang dua yang membuat kenyataan kononnya lebih 140 bahagian mahu Shahrizat kembali.
“Jika ada satu perhimpunan majoriti menolak Noraini, itu adalah isyarat jelas tetapi ketika ini ia tidak membayangkan fenomena keseluruhan.
Sebelum ini, media melaporkan majoriti Ketua Wanita UMNO Bahagian mahu Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO selepas pemilihan parti itu bulan depan.
Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, dilaporkan berkata seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.
Noraini yang menerajui sayap itu sejak 2018 juga dilaporkan bakal mempertahankan jawatannya itu.
Wanita UMNO turut menafikan dakwaan kononnya ketua sayap parti itu di peringkat negeri dipaksa membuat kenyataan menyokong Noraini untuk kekal sebagai teraju dalam pemilihan akan datang.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai tohmahan, Setiausahanya, Datuk Rosni Sahar, dilaporkan berkata angka sokongan terhadap individu yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Wanita UMNO itu seperti disebarkan juga tidak benar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

