Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat seorang bekas Perdana Menteri dan menantunya berhubung projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Menurut laporan BH Online yang memetik sumber SPRM, siasatan tersebut tertumpu kepada kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam projek berkenaan.

“SPRM sedang melihat proses pemberian kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat berkenaan dengan mereka yang berkuasa pada masa itu.

“SPRM mungkin akan memanggil anggota kanan pentadbiran terdahulu sebagai sebahagian daripada siasatannya,” katanya.

Berdasarkan laporan tersebut, NIISe merupakan sebuah projek yang sedang dibangunkan untuk menggantikan mekanisme pendaftaran pekerja asing sedia ada oleh Jabatan Imigresen menjelang 2025.

Baca artikel berkaitan: Beku akaun: ‘Dulu Muhyiddin pertahan tugas profesionalisme SPRM’ – PM

Projek tersebut dikatakan bermasalah.

Semakan ke laman web Jabatan Imigresen menunjukkan ‘Pasukan Projek Khas NIISe’ dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai tadbir dan diplomatik bernama Ruslan Atan.

Isnin lalu, media melaporkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, NIISe akan diperkenal dalam masa dua tahun.

Katanya, semua urusan berkaitan imigresen termasuk yang kini diuruskan pihak luar seperti MyEG akan kembali kepada jabatan itu.

Sistem baharu tersebut difahamkan sedang dibangunkan oleh Iris Corporation Bhd.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram