BARISAN Nasional (BN) didakwa, tidak mempunyai suara yang kuat dalam rundingan kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Sumber dilaporkan berkata, UMNO disifatkan seperti ‘haiwan tercedera’ dan tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan terma.
“Pengajaran yang diperoleh daripada PRU-15 adalah orang Melayu tidak lagi melihat UMNO,” kata sumber yang merupakan pemimpin PH, lapor FMT.
PH menguasai 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan kini disokong oleh BN yang memiliki lima kerusi.
Sumber berkata, imej UMNO rosak apabila ada dalam kalangan pemimpinnya berdepan dengan tuduhan rasuah.
Katanya, Perikatan Nasional (PN) mencapai prestasi lebih bagus kerana dipilih orang Melayu yang tidak mahu mengundi PH.
“Jadi, kami (PH) tahu UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk bekerjasama.
Baca artike lain: Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 teliti tatacara perolehan – Dr Zaliha
“Hakikatnya, UMNO lebih lemah sekarang berbanding beberapa bulan lepas dengan pemecatan dan penggantungan keahlian tokoh penting seperti Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan,” katanya.
Sumber berkata, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dan Shahril adalah tokoh yang berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti itu.
Dalam pada itu, sumber UMNO mengakui parti itu berada pada kedudukan yang lemah, terutamanya apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih memegang teraju.
Katanya, keputusan Ahmad Zahid menyingkirkan calon boleh menang seperti Khairy dan menggugurkan Tan Sri Noh Omar mengakibatkan UMNO hilang dua kerusi.
“Anda gugurkan calon seperti Noh yang disukai rakyat, sudah pasti akar umbi tidak gembira,” katanya sambil menambah, keputusan terbabit mendorong akar umbi mensabotaj parti.
Beliau berkata, keadaan UMNO yang lemah bermaksud PH berada dalam kedudukan yang lebih kuat dalam rundingan kerusi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

