Warga emas maut dirempuh MPV

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di simpang empat, Lorong 25, Sungai Petani, 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa, Ishak Mat Seman, 69, dari Lorong 24 Taman Patani Jaya menghala ke arah pekan.

Sementara pemandu Naza Citra berusia 27 tahun memandu dari arah Lorong 25 menghala ke Hotel Merilton.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang dan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sehingga berlaku perlanggaran antara dua buah kenderaan.

“Akibat kemalangan, mangsa yang tidak bertopi keledar dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Warga emas maut tercampak atas Myvi

Jelasnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan maut pada pukul 4.23 petang.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This