Warga emas maut tercampak atas Myvi

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut tercampak di atas sebuah Perodua Myvi selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 10.4, Lebuhraya Persekutuan, pukul 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal Yamaha 135LC dari arah Klang ke tempat kerja di kilang gula Seksyen 22.

Beliau berkata, mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan Proton Waja yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

“Akibat kemalangan, mangsa telah tercampak di atas sebuah Perodua Myvi dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Wanita jatuh dari tingkat 5 cedera selepas tersangkut sengkuap

Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This