SEORANG lelaki ditahan polis selepas mengamuk dan membuat ugutan bunuh terhadap keluarga kekasihnya di Jalan 36A, Kampung Cheras Baru, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisoner Farouk Eshak berkata, suspek bertindak sedemikian selepas bertengkar mulut dengan bekas isteri di hadapan rumah kekasihnya.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.02 petang, pengadu telah menerima panggilan telefon daripada emak memaklumkan kakaknya berada di dalam rumah bersama suspek.
Dalam masa yang sama, bekas isteri kepada suspek turut berada di tempat kejadian.
“Suspek telah mengamuk lalu memecahkan cermin dan mematahkan pemegang pintu kereta Proton Saga milik pengadu dengan menggunakan parang.
“Malah, suspek juga mengugut mahu membunuh emak dan anak pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel: Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Jelasnya, suspek berjaya ditahan polis di Jalan 30, Kampung Cheras Baru bersama sebilah parang berukuran 64 sentimeter pada pukul 3.30 petang.
Farouk berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod dadah dan saringan ujian air kencing mmendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Suspek kini direman selama empat hari sehingga Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

