KHAIRY Jamaluddin masih belum menjawab tawaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket parti berkenaan.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Khairy merupakan pemimpin yang diterima oleh rakyat dan menunjukkan prestasi cukup baik sebagai Menteri Kesihatan.
“Sehingga hari ini beliau dikhabarkan masih lagi belum membuat keputusan dan kami mengalu-alukan untuk terus bekerjasama kerana yakin hasrat beliau untuk melawan kemungkaran, memperbaiki sistem penyampaian di dalam kerajaan negeri dan Persekutuan itu adalah selari dengan apa yang diperjuangkan dalam Perikatan Nasional.
“Jadi kami yakin inilah wadah yang paling sesuai untuk beliau, namun apa juga keputusannya saya amat hormati sebagai seorang sahabat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Petisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Semarak Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan pada Ahad.
Ahmad Faizal mengakui mempunyai hubung baik dengan Khairy tetapi tiada apa-apa keputusan dibuat setakat ini.
“Kami ada berhubung, tetapi cerita tentang beliau tewas di Sungai Buloh dan saya tewas di Tambun, cerita sebagai seorang sahabat. Tetapi Khairy setakat ini memang tak bagi jawapan lagi, Khairy tengah fokus apa dia nak cakap esok (sebagai penyampai radio).
“Kami sentiasa bertukar tukar fikiran untuk cari jalan bagaimana hendak jadi pemimpin yang lebih baik. Bagaimana kita hendak memenangi hati rakyat dan kita dapat menubuhkan kerajaan yang mantap, stabil yang paling penting prihatin dan bersih di Negeri Sembilan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

