PDRM bantu siasatan rakyat Malaysia ditembak di Betong

Dari Penulis

Polis Diraja Malaysia akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan oleh seorang penyerang yang tidak dikenali di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila mangsa lelaki berusia 55 tahun yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga das oleh suspek semasa berada di hadapan sebuah kedai serbaneka pada kira-kira pukul 9 malam, waktu Thailand.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan paha telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mangsa kini masih stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian tembak-menembak

Beliau berkata suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand telah berjaya melarikan diri dan masih sedang dikesan setakat ini.

Katanya pihak berkuasa Thailand masih mengesan penyerang serta sedang menyiasat motif serangan tersebut dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi ataupun perniagaan.

“Mangsa telah lama keluar dan masuk ke daerah Betong kerana mempunyai seorang isteri warga Thailand selain pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong,” katanya.

— BERNAMA

Tuesday , 14 February 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This