Lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian tembak-menembak

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan polis selepas terlibat dalam aksi tembak-menembak dan kejar-mengejar dengan polis di Klang, pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima aduan orang awam, suspek yang memandu Proton Inspira terlibat dalam satu kejadian tembak-menembak di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah ke lokasi dan mendapati sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sedang mengejar suspek yang terlibat dengan kejadian samun di Subang Jaya.

“Kejadian kejar mengejar suspek berlaku dari Banting ke Klang melalui Teluk Panglima Garang.

“Suspek berusia 31 tahun telah memandu Proton Inspira secara berbahaya sehingga melanggar beberapa buah kenderaan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis lepaskan tembakan selepas suspek cuba lari pemeriksaan

Beliau berkata, pihaknya telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan suspek selepas bertindak agresif dengan melanggar kereta pasukan polis.

Hoong Fong berkata, kereta suspek telah melanggar bonggol jalan dengan kelajuan yang tinggi sehingga melanggar kenderaan orang awam lalu tebabas di tepi jalan.

“Suspek melarikan diri dari lokasi dan polis telah memberhentikan kenderaan di belakang kereta suspek lalu mengejarnya di kawasan perkampungan.

“Suspek kemudian kembali ke kereta miliknya dan masuk ke dalam kenderaan yang digunakan oleh pasukan polis,” katanya.

Jelasnya, anggota polis yang mengejar suspek telah melepaskan beberapa das tembakan lagi bagi mengelakkan suspek melarikan diri dan mengancam nyawa orang awam.

Bagaimanapun, suspek berjaya melepaskan diri dan berjaya ditahan polis di Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

“Semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan bunuh,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, suspek telah diserahkan kepada IPD Subang Jaya bagi siasatan lanjut berhubung kes samun di bawa Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dijalankan dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh masa yang terdekat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This