SEORANG lelaki ditahan selepas melanggar anggota polis ketika diarah berhenti untuk pemeriksaan di Jalan Baru Perai, Pulau Pinang, 10.40 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, anggota polis ronda cegah jenayah dari Balai Polis Perai telah mengarahkan suspek untuk berhenti selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota polis cuba menahan kereta tersebut, tetapi suspek bertindak melanggar motosikal anggota sehingga jatuh.
“Suspek kemudian membuat pusingan U dan melarikan diri ke arah Seberang Jaya sebelum ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian tembak-menembak
Jelasnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemui beberapa senjata berbahaya dan dadah.
Cheng San berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai bagi tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 12(3) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 186, Seksyen 353, Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

