Singa jantan gaduh rebut pasangan sampai rempuh Yaris

Dari Penulis

TULAR sejak tiga hari lepas beberapa video memaparkan dua ekor singa jantan bergaduh merebut pasangan sehingga merempuh sebuah kenderaan pengunjung.

Kejadian dilapor berlaku di Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan, Jawa Timur, pada 22 Januari lalu.

Menerusi video terbabit dapat dilihat dua singa itu kejar-mengejar sebelum salah seekor merempuh sebuah Toyota Yaris berwarna merah sehingga pecah lampu belakang.

Memetik laporan Detik.com, menurut Jurucakap Taman Safari Prigen, pergaduhan antara dua singa jantan yang dikenali sebagai Debo dan Frans itu adalah satu tabiat semula jadi.

“Mereka menunjukkan kekuatan masing-masing di hadapan kawanan singa betina.

“Terdapat lapan ekor singa di dalam kawasan ini iaitu Gendis, Garnis, Vivi, Fina, Pikanin, Mafuta, Feneli, dan Felisha. Dalam kumpulan ini, terdapat singa betina yang sedang memasuki musim mengawan,” ujarnya.

Baca artikel : Lapan ditahan bergaduh berebut kekasih

Difahamkan, di dalam kumpulan singa terdapat lebih daripada seekor singa jantan.

Bagaimanapun, hanya seekor singa jantan bersifat dominan atau ‘Alpha Male’.

Menurutnya, kejadian pergaduhan itu berlaku apabila Debo si Alpha Male cuba menghalau Frans daripada mendekati singa betina.

Frans yang ketakutan berlari ke seberang jalan daripada dikejar Debo sebelum merempuh sebuah Toyota Yaris yang berada dalam kawasan safari.

Jelasnya, kedua-dua ekor singa itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kami masih menjalankan pemerhatian lanjut bagi memastikan mereka dalam keadaan benar-benar baik.

“Pengunjung yang menjadi mangsa rempuhan juga dalam keadaan sihat dan tidak cedera,” ujarnya.

Taman Safari Indonesia II Prigen bukan sahaja sebuah tempat rekreasi, malah ia juga berfungsi sebagai sebuah pusat pemuliharaan hidupan liar.

Orang ramai boleh melihat secara langsung hidupan liar ini dengan mendapatkan tiket mengikut pakej yang disediakan pada harga RM38 (135 ribu rupiah) dan RM53 (185 ribu rupiah).

Haiwan-haiwan di situ dibiar bebas berkeliaran dan membenarkan kenderaan pengunjung berada di dalam safari itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Cadangan bina Masjid Warisan di TRX pelengkap bandar moden beradab

PEMBINAAN Masjid Warisan di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) dilihat sebagai pelangkap kepada pembangunan bandar moden yang beradab, bertamadun...

More Articles Like This